Ramadhan food review kali ini saya ke Asap Steamboat and Grill yang terletak di Putra Height. Mula- mula rasa dah sesat jalan sebelum sampai ke sini, betul ke salah ke jalan ni kan.. tapi bila dah sampai terpegun saya dengan landscape dan susun atur Restaurant Asap Steamboat and Grill yang berkonsepkan cabin.. ala-ala sentuhan hipster pun ada...
Bercerita tentang juadah berbuka puasa... Lebih dari 100 jenis juadah berbuka yang disediakan oleh Nurul Izzah Catering di Asap Steamboat and Grill ni. Menu-menu seperti kuih muih, nasi berlauk dan air beraneka warna sama seperti di tempat-tempat lain disajikan disini, tetapi menu yang istimewa disini adalah Steamboatnya sendiri sangat menyelerakan dan kuahnya yang mempunyai rasa yang tersendiri. Selain dari itu terdapat juga sajian istimewa lain seperti Nasi Arab, dan masakan western yang ditawarkan.
Kawasan yang agak luas dengan kemudahan surau, parking, tandas, dan ruang menjamu selera yang lapang membuatkan para tetamu selesa berkunjung ke sini.
Apa lagi jom plan-plan ke Asap Steamboat and Grill dan Nurul Izzah Catering bulan puasa nanti..
This is my vblog for Silka Hotel Johor Bahru. Nice place to stay at Johor Bahru and you can visit all the great places at Johor Bahru like Hello Kitty World, Lego Land, Puteri Harbour, Bandar Iskandar, Pasar Karat (Famous Night Market in Johor) and many-many more.
This is my vblog for Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.
It's a nice place to visit very clean hot springs park with nice villa with hot spring jacuzzi.
Sambil-sambil bercuti saya sempat merakamkan video ni untuk tontonan semua. Semoga anda dapat gambaran jelas mengenai Gold Coast Resort Morib. Selamat menonton..
Gold Coast Resort Morib.
Salah satu gambar matahari terbenam (sunset) yang dapat saya rakamkan.
Rasanya dah lama x post kt blog ni, hari ni xde la free sangat tapi boleh la bagi masa sikit untuk buat posting. Hari ni nk share sikit pasal Proggrame #TB2TV ( TB2TV Travel Blogger to Travel Vlogger ).
Program #TB2TV Travel Blogger to Travel Vlogger ni sebenarnya di jalankan oleh sebuah syarikat Snap Production dibawah kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Malaysia Truly Asia Program bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014).
Gambar besama sifu Greg Brand - www.travizeo.com
Saya adalah salah seorang peserta yang dipilih oleh Felda untuk menghadiri program ini. Pada mulanya x tahu pon tajuk program sebab semuanya xde dalam jadual. tiba-tiba je kena pegi program ni. Tapi x sampai sehari mengikuti program nih saya rasa bersyukur dapat join.
Program ini secara tidak lansung mengubah atau menambah keberkesanan teknik permasaran yang dahulunya kita sekadar menulis di blog sahaja. Kesedaran mengenai kerberkesanan permasaran melalui Vblog (Video Blog) adalah penting dalam dunia sekarang kerana kebanyakan pelayar internet gemar menonton video di Laman YouTube dan Penyampaian makluat adalah lebih jelas berbanding Teks & Gambar.
Semasa program ini kami telah di ajar bagaimana menghasilkan video peribadi dalam masa singkat dan cara-cara memasarkan video.
Gambar besama member-member program
Dibawah adalah antara video-video yang telah saya hasilkan sepanjang program dijalankan. Dengan kekangan tiada Video Cam, dan terpaksa berkongsi gadjet "Makiko S".
Video Pertama kami buat disekitar lokasi program #TB2TV
Video Pertamakami buat disekitar Bukit Bintang
Akhir sekali tahniah kepada member-member yang dapat meneruskan perjuangan bersama Greg. Program seperti ini adalah sangat berguna untuk generasi baru dan harus diteruskan dimasa akan datang.
Assalammualaikum semua.. sambil-sambil kena outstation tu dapat juga siapkan VBlog ni untuk tontonan semua.. just share apa kita boleh buat dalam masa sehari di Seri Costa Hotel Melaka dengan masa yang agak suntuk..
Selamat Menonton... :)
Seri Costa Hotel Melaka #TB2TV #VMY2014
Video by : AzahariRoslan
Editing by : AzahariRoslan
Pakej Haji 2020 Felda Travel
-
Alhamdulillah...
Felda Travel telah terpilih sekali lagi sebagai Pengendali Jemaah Haji pada
tahun ini buat kali ke-13.
*Kenapa Pilih kami :*
Hotel Safwa...
KAKiCETAK Calendar 2016
-
Sempena menyambut tahun baru 2016, kami menyediakan perkhidmatan cetakan
Kalendar/* calendar *yang mempunyai dua versi iaitu Versi Chinese dan Versi
Islam....