Rasanya dah lama x post kt blog ni, hari ni xde la free sangat tapi boleh la bagi masa sikit untuk buat posting. Hari ni nk share sikit pasal Proggrame #TB2TV ( TB2TV Travel Blogger to Travel Vlogger ).
Program #TB2TV Travel Blogger to Travel Vlogger ni sebenarnya di jalankan oleh sebuah syarikat Snap Production dibawah kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Malaysia Truly Asia Program bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014).
Gambar besama sifu Greg Brand - www.travizeo.com
Saya adalah salah seorang peserta yang dipilih oleh Felda untuk menghadiri program ini. Pada mulanya x tahu pon tajuk program sebab semuanya xde dalam jadual. tiba-tiba je kena pegi program ni. Tapi x sampai sehari mengikuti program nih saya rasa bersyukur dapat join.
Program ini secara tidak lansung mengubah atau menambah keberkesanan teknik permasaran yang dahulunya kita sekadar menulis di blog sahaja. Kesedaran mengenai kerberkesanan permasaran melalui Vblog (Video Blog) adalah penting dalam dunia sekarang kerana kebanyakan pelayar internet gemar menonton video di Laman YouTube dan Penyampaian makluat adalah lebih jelas berbanding Teks & Gambar.
Semasa program ini kami telah di ajar bagaimana menghasilkan video peribadi dalam masa singkat dan cara-cara memasarkan video.
Gambar besama member-member program
Dibawah adalah antara video-video yang telah saya hasilkan sepanjang program dijalankan. Dengan kekangan tiada Video Cam, dan terpaksa berkongsi gadjet "Makiko S".
Video Pertama kami buat disekitar lokasi program #TB2TV
Video Pertamakami buat disekitar Bukit Bintang
Akhir sekali tahniah kepada member-member yang dapat meneruskan perjuangan bersama Greg. Program seperti ini adalah sangat berguna untuk generasi baru dan harus diteruskan dimasa akan datang.
0 comments:
Post a Comment