Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Nurul Izzah Catering @ ASAP Steamboat and Grill


Ramadhan food review kali ini saya ke Asap Steamboat and Grill yang terletak di Putra Height. Mula- mula rasa dah sesat jalan sebelum sampai ke sini, betul ke salah ke jalan ni kan.. tapi bila dah sampai terpegun saya dengan landscape dan susun atur Restaurant Asap Steamboat and Grill yang berkonsepkan cabin.. ala-ala sentuhan hipster pun ada...









Bercerita tentang juadah berbuka puasa... Lebih dari 100 jenis juadah berbuka yang disediakan oleh Nurul Izzah Catering di Asap Steamboat and Grill ni. Menu-menu seperti kuih muih, nasi berlauk dan air beraneka warna sama seperti di tempat-tempat lain disajikan disini, tetapi menu yang istimewa disini adalah Steamboatnya sendiri sangat menyelerakan dan kuahnya yang mempunyai rasa yang tersendiri. Selain dari itu terdapat juga sajian istimewa lain seperti Nasi Arab, dan masakan western yang ditawarkan.








Kawasan yang agak luas dengan kemudahan surau, parking, tandas, dan ruang menjamu selera yang lapang membuatkan para tetamu selesa berkunjung ke sini.

Apa lagi jom plan-plan ke Asap Steamboat and Grill dan Nurul Izzah Catering bulan puasa nanti..
Share:

Tuesday, May 16, 2017

Ramadhan Buffet Di Streat Thai Petaling Jaya


Tinggal beberapa minggu sahaja untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak... seberti tahun-tahun sebelum, dari kecil sehingga kita dewasa mesti terlintas di kepala kita tentang makanan yang enak-enak dan juadah berbuka yang menyelerakan akan membanjiri pasar ramadhan dan meja-meja berbuka.


Minggu ini sekali lagi saya dijemput ke Streat Thai, kali ini dengan tema Ramadhan.. terkejut saya dengan juadah dan hidangan yang desediakan disini. Juadah-juadah disini lebih kepada masakan asli thai, sangat menyelerakan dan menggiurkan. Sesekali ubah selera buka puasa kita dengan juadah dari negara jiran ni terasa best pula.

Jom kita intai juadah-juadah yang disediakan di sini..




















Strategik sekali Streat Thai ini di buka do Jaya One Petaling Jaya yang disediakan dengan kemudahan seperti parking yang luas, pasaraya Jaya Grocer dan yang paling penting sekali Surau untuk para muslimin dan muslimat bersolat.

Nak buat tempahan boleh contact terus:
IG: @streatthai
FB: /streatthai
Web: eatatstreat.com

#streatthai
#streatthaijayaone
#autenticthai
#streetthai
#thaifoodpj

#itsmepuex
#azahariroslan
Share:

Wednesday, July 9, 2014

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim di Felda Residence Hot Springs

 

Isnin lalu saya berkesempatan berbuka di Felda Residence Hot Springs yang terletak di Sungkai, Perak. Program berbuka Bersama Anak-Anak yatim ini dianjurkan oleh Felda Residence Hot Springs sendiri yang menjemput pelajar-pelajar anak yatim dari sekitar Sungkai, Perak.

Turut menghadiri majlis berbuka puasa Felda Residence Hot Springs ini adalah badan-badan kerajaan, dan swasta serta Ahli jawatankuasa Kg.Sungai Klah yang turut serta meraikan kehadiran anak-anak yatim ini.

Majlis berbuka puasa ini tidak kurang meriahnya dengan hidangan-hidangan menarik yang dihidangkan oleh Felda Residence Hot Spring. Terdapat pelbagai juadah istimewa seperti Kambing Panggang, Ikan Bakar, ABC, Cendol, Kek dan kuih-muih, Nasi Arab, Nasi Ulam dan macam-macam lagi.

Majlis berbuka puasa ini di mulakan dengan tahlil ringkas yang di bawa oleh Imam dari Kg.Sungai Klah dan seterusnya berbuka secara ringkas sebelum Solat Maghrib.


Selepas Solat Maghrib, kami beramai-ramai berjalan kaki ke Meranti Cafe yang terletak tidak jauh dari tempat bersolat dan disinilah kami bersama anak-anak yatim ini menjamu selera.


Nasi Arab (Kambing) dan Nasi Ulam yang amat menyelerakan.


Pelbagai kuih-muih traditional serta kek disajikan.

Gulai nangka bersama ikan masin, sememangnya membuka selera saya.

Gulai keladi saya tak makan gulai ni, tapi saya tahu ramai yang menyukainya.

Serunding daging, ikan dan ayam juga di sediakan.

Telur masin.

Ikan masin.

Pelbagai ulam-ulaman yang jarang kita jumpa.

Ini adalah juadah yang paling mendapat sambutan ramai iaitu kambing panggang. licin tinggal tulang saya kerjakan dengan sos blackpaper.

  Ikan Bakar.

 Otak-Otak.

 Roti canai, haaa tebar kak tebar..

Cendol dan ABC.


Anak-anak yatim ini nampak gembira dengan layanan dan makanan yang terdapat di Felda Residence Hot Springs ini. Semoga majlis seperti ini dapat menghilangkan kesunyian dan membina ikatan silatulrahim diantara mereka.

Sekian.
Share:

Categories

#tb2tv #vmy2014 2014 2015 7Eleven air AisCream Anak Yatim Asam Pedas Asap Steamboat and Grill Awek Legoland Azahariroslan Bandar Iskandar Batal Puasa beach Berbuka Puasa Bisik Bisik-Bisik Blog blogger BolaSepak Broframestone Buah Bubble Buffet Ramadhan Buffet Ramadhan Casa Ombak Bukit nur bustop cbr250 Cool Blog Countdown 2014 cuci cuti-cuti Daily Self Potrait Denai Hati Doa Doa Selepas Solat Drinks & TidBits Elektrik Event facebook Facebook Tips Fan Felda Residence Hot Springs felda travel Fireworks Food Food Review Football Fullhouse Garden Cafe Gold Coast GoMo google gua Hiraq Hangus Hello Kitty honda Hot Springs Hotel Hotel Review How To Upgrade To MacOS Mojave hujan Iftar internet itsmepuex jabal nur Jacuzzi Jalan Jalan Cari Makan Jaya One Jimat Johor Bahru Kacang Pol Kambing Panggang Karaoke Kerja Banyak kipas Kuih Raya Kuih-muih Kura Kurma Laman Kayangan Lego Land Live Band Love Lucky Draws lunch macam cantik macam comel MacOS MacOS El Captain MacOS Lion MacOS Seirra Magnum Makan Makkah malaysia Marah Marketing Marketing Promotion Marketing Tips Meebandung melaka Melastik Bintang Menarik Mewah Milk Tea Mitsubishi Mitsubishi Electric Mojave Morib morning Mrspuex Multi Skrin Namiacinta Nasi Arab Negeri Johor night market Nurul Izzah Catering Office Table Pakej Haji Pakej Umrah 2017 Pakej umrah 2018 pantai morib Parody Pening Perak Petaling Jaya peugeot Peugeot 208 Produk Puasa Pulut Mangga Puteri Harbor Putra Heights QR Code Ramadhan Rambut Refrigerator Restaurant Restoran Sedap Seksyen 7 Selamat Tahun Baru Selangor Selfie seri costa Shah Alam shoot Silka Johor smartphone Solat Solat Maghrib sportrim Steamboat Straet Thai Streatthai Streeng Lock sunday Sungai Klah Sungkai sunset tablet tanah haram tb2tv Teh Tarik tembak Terima kasih Thai Food Thai Tea Things To Do Tom Yam Tourism travel travel blogger tv Umrah Umrah Tour Leader Vacation vblog vblogger Ventilation video video blog Villa Vlogger vmy2014 Warranty Zikir

Pageviews