Wednesday, July 9, 2014

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim di Felda Residence Hot Springs

 

Isnin lalu saya berkesempatan berbuka di Felda Residence Hot Springs yang terletak di Sungkai, Perak. Program berbuka Bersama Anak-Anak yatim ini dianjurkan oleh Felda Residence Hot Springs sendiri yang menjemput pelajar-pelajar anak yatim dari sekitar Sungkai, Perak.

Turut menghadiri majlis berbuka puasa Felda Residence Hot Springs ini adalah badan-badan kerajaan, dan swasta serta Ahli jawatankuasa Kg.Sungai Klah yang turut serta meraikan kehadiran anak-anak yatim ini.

Majlis berbuka puasa ini tidak kurang meriahnya dengan hidangan-hidangan menarik yang dihidangkan oleh Felda Residence Hot Spring. Terdapat pelbagai juadah istimewa seperti Kambing Panggang, Ikan Bakar, ABC, Cendol, Kek dan kuih-muih, Nasi Arab, Nasi Ulam dan macam-macam lagi.

Majlis berbuka puasa ini di mulakan dengan tahlil ringkas yang di bawa oleh Imam dari Kg.Sungai Klah dan seterusnya berbuka secara ringkas sebelum Solat Maghrib.


Selepas Solat Maghrib, kami beramai-ramai berjalan kaki ke Meranti Cafe yang terletak tidak jauh dari tempat bersolat dan disinilah kami bersama anak-anak yatim ini menjamu selera.


Nasi Arab (Kambing) dan Nasi Ulam yang amat menyelerakan.


Pelbagai kuih-muih traditional serta kek disajikan.

Gulai nangka bersama ikan masin, sememangnya membuka selera saya.

Gulai keladi saya tak makan gulai ni, tapi saya tahu ramai yang menyukainya.

Serunding daging, ikan dan ayam juga di sediakan.

Telur masin.

Ikan masin.

Pelbagai ulam-ulaman yang jarang kita jumpa.

Ini adalah juadah yang paling mendapat sambutan ramai iaitu kambing panggang. licin tinggal tulang saya kerjakan dengan sos blackpaper.

  Ikan Bakar.

 Otak-Otak.

 Roti canai, haaa tebar kak tebar..

Cendol dan ABC.


Anak-anak yatim ini nampak gembira dengan layanan dan makanan yang terdapat di Felda Residence Hot Springs ini. Semoga majlis seperti ini dapat menghilangkan kesunyian dan membina ikatan silatulrahim diantara mereka.

Sekian.
Share:

Vblog 8 - IFTAR Bersama Denaihati Network - Laman Kayangan, Shah Alam

Hari ini sekali lagi saya sempat beriftar bersama rakan2 blogger Denaihati Network, ramai kenalan blogger hebat yang hadir. Majlis Iftar Bersama Denaihati Network ini adalah acara tahunan yang dianjurkan bagi merapatkan lagi silatulrahim dikalangan blogger-blogger.

Ramai juga blogger yang hadir pada hari ini antaranya adalah kenalan blogger saya sendiri iaitu Broframestone, Melastik Bintang, Namiacinta , Roshidayu Che Mat dan Mrs Puex(macam kenal je).

Mari kita saksikan video yang sempat saya rakamkan untuk majlis tahun 2014 ini untuk kenangan bersama blogger-blogger Denaihati Network.



Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada Founder Denaihati Network iaitu Denaihati Ilhamku yang telah menjemput saya untuk hadir ke majlis berbuka puasa ini. Terima Kasih.

Share:

Wednesday, July 2, 2014

Jom BerBlog


Jom berblog malam Ramadhan..
Cool betol dengan Teh Tarik Cool Blog Dengan Bubble.. :)
Share:

Wednesday, June 25, 2014

Jom MeMagnum

Jom Magnum..

Makan Ais Cream Magnum nohal.. Jangan Magnum bernombor sudah..

#AisCream #Magnum #MagnumMini #Sedap

Share:

Buah KURA?

Mari.. Mari... Beli buah kura..
Aik, KURA ke KURMA?

#Kurma #Pasaraya #Ramadhan

Share:

Sunday, June 8, 2014

Nasi Arab Half Moon Restaurant

Jom singgah sebentar ke Half Moon Restaurant.. Dalam perjalanan ke Melaka saya bersama rakan2 sempat singgah ke restauran nasi arab ini yang terletak di sekitar Taman Serdang Perdana.

Restaurant nasi arab Half Moon ini menyadiakan menu-menu yang serupa dengan restaurant nasi arab yang lain cuma mereka memberikan jaminan harga yang sangat berpatutan untuk anda semua.

Selfie dengan signboard Restaurant Half Moon
Jom kita masuk, tak sabar nak rasa Nasi Arab

Acara pertama kita minta menu sebab nak tau harga murah ke mahal.. hehe..



Nasi dah sampai..


 Jom kita menjamu selera dengan nasi mandi dengan jus mangga...

Berselfie dengan rakan-rakan yang kekenyangan

Sedap betul nasi arab ni, jarang-jarang makan nasi arab.

So kalau nak cuba nasi arab di Restaurant Half Moon ni boleh menghubungi nombor yang tertera diatas.

Kenyang giler mkn nasi arab dengan jus mangga pekat..

Share:

Sunday, April 13, 2014

Rambut Dah Panjang

#Rambut dah #panjang
Kena potong ni..

*tu yg merah2 tu nk potong jugak ke?

Http://itsmepuex.blogspot.com
#azahariroslan #malaysia #itsmepuex

Share:

Categories

#tb2tv #vmy2014 2014 2015 7Eleven air AisCream Anak Yatim Asam Pedas Asap Steamboat and Grill Awek Legoland Azahariroslan Bandar Iskandar Batal Puasa beach Berbuka Puasa Bisik Bisik-Bisik Blog blogger BolaSepak Broframestone Buah Bubble Buffet Ramadhan Buffet Ramadhan Casa Ombak Bukit nur bustop cbr250 Cool Blog Countdown 2014 cuci cuti-cuti Daily Self Potrait Denai Hati Doa Doa Selepas Solat Drinks & TidBits Elektrik Event facebook Facebook Tips Fan Felda Residence Hot Springs felda travel Fireworks Food Food Review Football Fullhouse Garden Cafe Gold Coast GoMo google gua Hiraq Hangus Hello Kitty honda Hot Springs Hotel Hotel Review How To Upgrade To MacOS Mojave hujan Iftar internet itsmepuex jabal nur Jacuzzi Jalan Jalan Cari Makan Jaya One Jimat Johor Bahru Kacang Pol Kambing Panggang Karaoke Kerja Banyak kipas Kuih Raya Kuih-muih Kura Kurma Laman Kayangan Lego Land Live Band Love Lucky Draws lunch macam cantik macam comel MacOS MacOS El Captain MacOS Lion MacOS Seirra Magnum Makan Makkah malaysia Marah Marketing Marketing Promotion Marketing Tips Meebandung melaka Melastik Bintang Menarik Mewah Milk Tea Mitsubishi Mitsubishi Electric Mojave Morib morning Mrspuex Multi Skrin Namiacinta Nasi Arab Negeri Johor night market Nurul Izzah Catering Office Table Pakej Haji Pakej Umrah 2017 Pakej umrah 2018 pantai morib Parody Pening Perak Petaling Jaya peugeot Peugeot 208 Produk Puasa Pulut Mangga Puteri Harbor Putra Heights QR Code Ramadhan Rambut Refrigerator Restaurant Restoran Sedap Seksyen 7 Selamat Tahun Baru Selangor Selfie seri costa Shah Alam shoot Silka Johor smartphone Solat Solat Maghrib sportrim Steamboat Straet Thai Streatthai Streeng Lock sunday Sungai Klah Sungkai sunset tablet tanah haram tb2tv Teh Tarik tembak Terima kasih Thai Food Thai Tea Things To Do Tom Yam Tourism travel travel blogger tv Umrah Umrah Tour Leader Vacation vblog vblogger Ventilation video video blog Villa Vlogger vmy2014 Warranty Zikir

Pageviews