Isnin lalu saya berkesempatan berbuka di Felda Residence Hot Springs yang terletak di Sungkai, Perak. Program berbuka Bersama Anak-Anak yatim ini dianjurkan oleh Felda Residence Hot Springs sendiri yang menjemput pelajar-pelajar anak yatim dari sekitar Sungkai, Perak.
Turut menghadiri majlis berbuka puasa Felda Residence Hot Springs ini adalah badan-badan kerajaan, dan swasta serta Ahli jawatankuasa Kg.Sungai Klah yang turut serta meraikan kehadiran anak-anak yatim ini.
Majlis berbuka puasa ini tidak kurang meriahnya dengan hidangan-hidangan menarik yang dihidangkan oleh Felda Residence Hot Spring. Terdapat pelbagai juadah istimewa seperti Kambing Panggang, Ikan Bakar, ABC, Cendol, Kek dan kuih-muih, Nasi Arab, Nasi Ulam dan macam-macam lagi.
Majlis berbuka puasa ini di mulakan dengan tahlil ringkas yang di bawa
oleh Imam dari Kg.Sungai Klah dan seterusnya berbuka secara ringkas
sebelum Solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib, kami beramai-ramai berjalan kaki ke Meranti Cafe yang terletak tidak jauh dari tempat bersolat dan disinilah kami bersama anak-anak yatim ini menjamu selera.
Nasi Arab (Kambing) dan Nasi Ulam yang amat menyelerakan.
Pelbagai kuih-muih traditional serta kek disajikan.
Gulai nangka bersama ikan masin, sememangnya membuka selera saya.
Gulai keladi saya tak makan gulai ni, tapi saya tahu ramai yang menyukainya.
Serunding daging, ikan dan ayam juga di sediakan.
Telur masin.
Ikan masin.
Pelbagai ulam-ulaman yang jarang kita jumpa.
Ini adalah juadah yang paling mendapat sambutan ramai iaitu kambing panggang. licin tinggal tulang saya kerjakan dengan sos blackpaper.
Ikan Bakar.
Otak-Otak.
Roti canai, haaa tebar kak tebar..
Cendol dan ABC.
Anak-anak yatim ini nampak gembira dengan layanan dan makanan yang terdapat di Felda Residence Hot Springs ini. Semoga majlis seperti ini dapat menghilangkan kesunyian dan membina ikatan silatulrahim diantara mereka.
Sekian.
Alhamdulillah, semoga mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah SWT di bulan yang mulia ini...
ReplyDeleteAminnn..
ReplyDelete